Assignment Titas - Tamadun India
TAMADUN INDIA
Disediakan oleh : Nor Azwira Fazwana Binti Zulkifli
TABLE OF CONTENT
Tamadun India
Objektif ............................................................................................................................................... 3
Pendahuluan ........................................................................................................................................ 4
1.0 Sejarah Era India ....................................................................................................................... 4
2.0 Zaman – zaman awal Tamadun India ....................................................................................... 5
3.0 Zaman – zaman pertengahan Tamadun India ........................................................................... 7
4.0 Zaman – zaman akhir Tamadun India ....................................................................................... 8
5.0 Kesan – kesan Islam dalam Tamadun India ............................................................................. 9
Kesimpulan ....................................................................................................................................... 12
Rujukan ............................................................................................................................................. 14
Lampiran ........................................................................................................................................... 15
Penghargaan
Assalamualaikum, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan kertas kerja Tamadun India. Terutama kepada puan pensyarah UITM Puncak Alam yang banyak memberi ilmu. Ahli-ahli kumpulan pembentangan yang bersama-sama memberi idea yang mapan. Rakan – rakan sekelas yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung.
Dan akhir sekali buat ahli keluarga yang memberi sokongan samaada sokongan dari segi moral atau kewangan.
Objektif
Kertas kerja ini dijalankan dan diusahakan bagi mencapai beberapa objektif seperti berikut:Kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai tamadun india:
Sejarah era India
Zaman-zaman awal tamadun India
Zaman-zaman pertengahan tamadun India
Zaman-zaman akhir tamadun Idia
Kesan-kesan Islam dalam Tamadun India
Pendahuluan
1.0 Sejarah Era India
Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan pergunungan Himalaya, terbahagi kepada dua wilayah iaitu Indo-Arya dan Dravida. Indo – Arya berpusat di Utara India, manakala Dravida berpusat di Selatan. Dari segi kedudukan geografi, ia bermula dengan Tamadun Lembah Sungai Indus di bahagian Barat Laut India. India Utara (terbentang hingga ke kawasan Himalaya), manakala India Selatan (terbentang ke Kannyakumari).
Masyarakat Indo Arya menggunakan bahasa sanskrit sebagai bahasa utama. Empat buah VEDA/kitab yang mencerminkan aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya ialah Rig, Yajur, Sama dan Atharva. Manakala asyarakat Dravida menggunakan Bahasa Tamil sebagai Bahasa asas. Dravida terkenal dengan mazhab Saivisme dan Vaisanavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi 'Klasik Sangam'. Ia merangkumi kepercayaan, pemikiran dan amalan masyarakat.
Budaya Indus mulai mengalami kemerosotan dan akhirnya kedatangan orang-orang Arya pada tahun 1,500SM telah membawa kemunculan satu peradaban baru di barat laut India.
2.0 Zaman – zaman awal Tamadun India
Walaupun tamadun Indus telah lenyap lebih kurang pada tahun 1,500SM tetapi unsur-unsur budaya tetap diteruskan di kawasan-kawasan lain terutama di Gujarat. Tembikar merah seperti yang ditemui dalam tamadun Indus digunakan di Gujarat, begitu juga bentuk periuk dan benda-benda logam. Penemuan- penemuan dari galian di Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan juga menunjukkan unsur-unsur yang sama dengan tamadun Indus. Di kawasan Gujarat, perdagangan laut memainkan peranan penting terutama di bandar-bandar iaitu Prabhaspatan, Broach dan Nagara. Ini merupakan rantaian dan kesinambungan kepada perdagangan Gujarat.
Tamadun Lembah Indus mula diterokai oleh asas ketamadunan india pada 3000SM - 1500SM. Mereka dikatakan telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Malahan kemahiran mereka berkembang dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan. Aktiviti pertanian dan penternakan adalah aktiviti utama. Antara tahun 2000SM hingga 1500SM, mereka berpindah dari Kawasan penempatan mereka kerana kekurangan rumput untuk ternakan dan tekanan populasi. Akibatnya, mereka berpindah ke Kawasan barat timur, timur dan selatan. Di sana, mereka mula menyebarkan budaya dan menyerap budaya tempatan dengan berkahwin dengan orang tempatan. Namun Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum Aryan.
Peradaban di Lembah Indus mula menjadi lemah akibat banjir dan serangan orang Arya. Hasil dari serangan orang Arya, munculnya satu budaya baharu yang dikenali sebagai budaya Indo-Arya. Keruntuhan Tamadun Indus menyebabkan orang Arya mula mengembangkan peradaban baharu dengan tinggal di Kawasan perkampungan kecil dan tetap.
Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya ialah Kula (keluarga) yang diketuai oleh grihaspati. Beberapa keluarga tinggal dalam sebuah kampung (Rrama) yang diketuai oleh gramina. Beberapa kampung adalah bahagian visya (bandar) yang diketuai oleh Visyapati. Beberapa Visya adalah sebahagian danjana yang diketuai oleh raja (Rajana). Kedudukan raja begitu dihormati dan baginda dinasihati oleh mantriparishad (ahli-ahli adalah negarawan yang dipilih oleh raja). Kuasanya dikawal oleh pandangan umum dan undang-undang dan rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan seorang raja yang menyeleweng dalam tugasnya. Dua badan iaitu Sahha (anggota-anggotanya terdiri dari ketua- ketua dan orang-orang kaya raya) dan Samriti (perhimpunan rakyat) berperanan dan bertanggungjawab mengawal kuasa raja.
Dari sudut percukaian, cukai ke atas tanah merupakan cukai asas. Pertanian merupakan aktiviti utama orang-orang Indo-Arya terutamanya tanaman bijirin iaitu barii dan gandum. Selain itu, kegiatan penternakan binatang juga penting dan orang-orang Indo-Arya menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai sumber susu. Terdapat juga orang-orang Indo-Arya yang menjadi nelayan, tukang dobi, penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul, pembuat tembikar, peminjam wang dan pedagang. Bharukachcha dan Tamralipti menjadi kota-kota penting dalam perdagangan luar.
Orang Arya menerima orang tempatan sebagai hamba, yang dikenali sebagai kaum Dasya atau Dasu. Kaum Indo-Arya menyusun teks agama mengenai peperangan dengan kaum Dasu. Perdaban Indo-Arya mula berkembang dan menjadi peradaban Hindu.
Setelah Kawasan diperluas ke arah timur hingga utara. Terdapat beberapa puak yang memasuki India. Diantara puak tersebut, terdapat kumpulan yang mencipta syair dewa dewi semasa upacara pengorbanan. Daripada Bahasa Sanskrit yang digunakan oleh kaum Indo-Arya, munculnya Bahasa lain iaitu Hindu, Benggali, Punjabi dan lain-lain. Zaman Veda terbahagi kepada dua zaman iaitu Zaman Veda Awal dan Zaman Veda Lewat.
Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indo-Arya kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
Zaman Maurya bermula dengan pada 231SM hingga 185SM.Zaman Maurya 321SM - 185SM. Sejarah Zaman Maurya bermula sistem pemerintahan bercorak empayar. Kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan iaitu Buddha dan Jainism. Peristiwa penaklukan Kalinga telah menyebabkan Asoka Piyadassi memeluk agama Buddha. Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi.
Munculnya golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu Janapada atau kerajaan kecil dan Mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321SM telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.
Zaman Gupta juga adalah salah satu zaman dalam tamadun awal, zaman ini bermula pada 300SM hingga 600SM. Ia juga dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Kecemasan. Zaman ini adalah permulaan perkembangan kesusasteraan Hindu dalam bidang seni bina kuil, aspek kesenian dan sains. Antara karya terkenal dicipta adalah Shankulanta dan Kama Sutra.
3.0 Zaman – zaman pertengahan Tamadun India
Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam. Dalam tempoh ini, Islam memerintah India selama hamper 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta orang. Islam berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke-8 M melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind pada tahun 706 M/87 H. Kedatangan Islam diikuti dengan penyebaran dan penubuhan kerajaan Islam. Peringkat awal hanya berlaku dalam bentuk hubungan perdagangan di bahagian pesisiran pantai.
Peringkat kedua pula berlaku dalam bentuk penaklukan oleh Turki, Afghan dan Mongol. Penguasaan Afghan dilakukan melalui Mahmud Al-Ghaznawi. Bandar-bandar yang dikuasai ialah Thanesar, Kanauj dan Mathura yang terletak di bahagian utara India. Pada tahun 1191 M, India telah diambil alih oleh Muhammad Ghuri, kemudian dirampas oelh hambanya Qutbuddin Aibak pada tahun 1206 M.
Kerajaan-kerajaan Islam berikutnya ialah:
· Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) 1206-1290 M.
· Dinasti Khilji 1290-1320 M
· Dinasti Tughluq 1320-1412 M
· Dinasti Sayyid 1412-1450 M
· Dinasti Lodi 1451-1526 M
· Dinasti Babur / Mughal 1526-1707 M
Namun, kerajaan Islam tidak mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan Hindu-Sikh ke atas Kerajaan Mughal dan diikuti serangan dari pihak Inggeris pada 1857 M.Zaman Muslim (1000M - 1756M)
4.0 Zaman – zaman akhir Tamadun India
Zaman akhir juga dikenali dengan Zaman moden. Zaman ini terkenal sebagai zaman penjajahan. Sejarah Zaman Moden bermula dengan kedatangan dan penaklukan Portugis pada tahun (1498-1510), Belanda (1602), Perancis (1664). Penaklukan British yang bermula 1750M, telah membahagikan India kepada tiga bahagian iaitu Bengal (Timur), Bombay (Barat) dan Madras (Selatan).
Beberapa sistem pendidikan diperkenalkan iaitu sistem pendidikan Inggeris, reformasi sosial dan agama, amalan dan adat yang tidak sesuai ditentang dan memperbaiki kedudukan wanita. Pembentukan pentadbiran moden dan dasar perdagangan telah menguntungkan Inggeris. British menakluki kawasan demi kawasan India tanpa menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Akibatnya berlaku pemberontakan sosial pada 1857.
Setelah beberapa dekad berlaku pemberontakan dan peperangan, India telah berjaya merdeka pada 15 Ogos 1947. Kemudian India telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu India untuk Hindu dan Pakistan untuk Muslim. Pakistan juga terbahagi kepada dua wilayah iaitu Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Pada tahun 1971 berlakunya peperangan antara Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Melalui peperangan tersebut terbentuklah dua buah negara yang merdeka dan terpisah iaitu Pakistan Timur yang dikenali sebagai Bangladesh dan Pakistan Barat, kini dikenali dengan nama Pakistan.
5.0 Kesan – kesan Islam dalam Tamadun India
Hubungan Tamadun Islam dengan Tamadun India sudah bermula lama melalui aktiviti perdagangan. Masyarakat Arab mengenali India dengan nama Sind/Hind semenjak 1200SM yang terkenal dengan barangan rempah-ratus, kain dan pedang. Pada awal abad ke 7M, sudah terdapat penempatan orang Arab Islam tetapi agama tersebut masih belum tersebar luas. Ketika pemerintahan Kerajaan Umayyah, tentera Islam yang dipimpin oleh Muhammad al-Qassim mula dihantar ke India untuk melindungi pedagang Islam yang sering dirompak. Penguasaan pemerintah Umayyah kemudian beralih kepada Kerajaan Ghaznawi (977-1186). Seterusnya India dikuasai oleh Kerajaan Delhi (1186-1526). Kemudian pemerintahan diteruskan oleh kerajaan.
Islam telah mula bertapak dalam tamadun India seawal tujuh masihi. Raja Hindu pertama yang menganut agama Islam adalah Raja Chakrawati Farmas juga dikenali sebagai Raja Malabar. Beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam pada tahun 711M. Amalan agama Islam iaitu bertuhankan ‘Azza-wa-jalla’, Nabi Muhamad S.A.W sebagai utusan dan menjadikan kitab Al-Quran suci sebagai petunjuk merupakan perkara yang diketahui dan bukanlah perkara asing bagi mereka yang menganut agama Hindu. Ini kerana India berjiran dengan negara Arab.Penganut agama Hindu di India boleh menerima agama Islam dalam kehidupan mereka kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam seperti akan dating lahirnya seorang utusan nabi telah dinyatakan dalam kitab suci seperti kitab Veda dan kitab Buddha.
Masyarakat luar yang masuk ke India selalunya akan dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. Namun, Islam membawa budaya dan agama dengan ciri-ciri yang tersendiri. Selain itu, berlaku juga perkahwinan campur sehala, iaitu kaum lelaki Turki (keluarga bangsawan tentera) yang berkahwin dengan wanita Hindu. Penerimaan ciri-ciri Islam oleh masyarakat Hindu menjadi dorongan untuk mereka menentang beberapa amalan dalam masyarakat Hindu seperti ketidaksamaan social, penyembahan patung-patung (vikraha) serta lain-lain amalan songsang. Faktor kemiskinan, penindasan dan penghinaan juga menjadi punca penerimaan dan perkembangan Islam manakala tekanan sistem kasta juga membawa kepada pemelukan Islam secara meluas.
Zaman Kerajaan Ghaznawi Sultan Mahmud Ghaznawi (998-1030M). Masjid dan institusi pengajian dibina supaya penyebaran agama Islam lebih jelas dan mencapai matlamat. Ibu kota Ghaznah merupakan pusat keagamaan dan penyebaran ilmu termasuk tasawuf, perundangan Islam dan dibanjiri ulama pada ketika itu seperti Ibn Nasr Al-Farabi. Dalam bidang politik baginda lebih menumpukan kepada penundukkan dan dakwah dalam pentadbirannya berbanding penaklukan semata- mata. Beliau memperkemaskan pasukan tentera dengan semagat jihad serta ilmu pertahanan yang tinggi.
Raja telah melantik seorang ulama iaitu Fakhruddin Al- Razi sebagai penasihat. Muhammad Ghuri juga terkenal sebagai seorang ilmuan Islam yang mempunyai tanggungjawab dan menyebarkan agama Islam. Beliau menguatkan angkatan tentera bukan atas dasar penaklukan semata-mata tetapi lebih bersifat hormat. Buktinya, mana-mana wilayah yang telah ditakluki dikembalikan semula dengan cara yang baik dengan syarat membayar ufti. Merupakan pahlawan Islam yang gagah serta bercita-cita tinggi. Corak pemerintahan berdasarkan Islam dipraktikkan dimana perlindungan tetap diberikan kepada semua rakyat tidak kira agama yang dianuti mereka. Zaman Kerajaan Ghuri (1150-1206M).
Pada zaman Kesultanan Delhi Dinasti Hamba - Mamluk (1206-1290M). Qutubuddin Aibaq dianggap sebagai pembangunan kerohanian dan mentaliti ummah. Bagi menggalakkan penyebaran agama Islam, pembinaan masjid-masjid dan surau dilaksanakan sebagai tempat beribadat selain berfungsi sebagai tempat menimba ilmu. Antara masjid peninggalan sejarahnya ialah Qutub Minar. Beliau telah menganjurkan suatu polisi baru yang berhubung dengan perkahwinan antara golongan atasan (aristocrat) bagi menjamin kelanjutan (survival) kekuasaan. Hal ini dapat menpamerkan kemurnian serta keadilan dalam sistem pemerintahan Islam.
Pada zaman pemerintahan Kesultanan Delhi Dinasti Hamba, Zaman Tughluk sekitar tahun 1321 – 1414M, Ghiasuddin Tughluq meningkatkan pembangunan rohani dan spiritual atau keagamaan dalam masjid- masid dan pusat-pusat pengajian didirikan agar rakyat dalam menimba ilmu agama dengan baik dan sempurna. Baginda juga dapat menarik minat rakyat mencintai ilmu agama dengan cara mendampingi para ulama. Segala permasalahan yang terjadi turut dibincangkan dengan cara mendapatkan nasihat dari para ilmuan. Baginda dapat dasar keadilan dan kesamarataan hak tanpa membeza-bezakan rakyat.
Sistem Pendidikan Berikut merupakan beberapa pengaruh islam yang terjadi dalam Tamadun India. Bidang ilmu seperti kesusasteraan, seni bina, matematik, astronomi diperkenalkan. Selain daripada itu masjid juga berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu asas Islam di samping tempat beribadat. Tertubuhnya madrasah dan institusi pendidikan. Pembina institusi pendidikan yang terkemuka pada masa itu ialah Alauddin Khilji.
Dari segi bahasa dan kesusasteraan India mempunyai 325 bahasa dan 750 loghat, namun hanya 14 bahasa dan loghat yang diperkui didalam perlembagaan India. Antara bahasa tersebut adalah Bahasa Indo-Arya, Bahasa Sanskrit, Bahasa Hindi, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Malayam, Bahasa Dravida dan lain-lain. Kesusasteraan yang terkenal adalah kesusasteraan Epik Mahabrata dan Kesusasteraan Epik Ramayama. Ilmu – ilmu Islam juga telah berkembang di India dengan subur. Dengan perkembangan itu, lahirlah ulama besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mandalam dalam bidang hadis.
Dari segi seni bina, India terkenal dengan kepelbagaian dan keunikan hasil tangan yang teliti. Seni ini merangkumi binaan, ukiran-ukiran pada gua dan kuil. Hasil seni bina ini jelas dilihat pada ukiran dan reka bentuk masjid. Hasil pertembungan antara Tamadun India dan Tamadun Islam membuahkan reka corak yang lebih menarik. Zaman Maurya terkenal dengan tiang Asoka, di mana senibina dan ukiran dibina daripada batu pasir yang dilicinkan. Dari segi ukiran gua, terdapat banyak pengaruh dari agama Buddha.
Berikut merupakan beberapa pengaruh islam pada senibina atau kesenain yang terjadi dalam Tamadun India. Kubah dan menara yang terdapat di semua masjid merupakan hasil ciptaan orang Islam. Orang Islam juga telah memperkenalkan penggunaan konkrit dan motar, serta alat geometri dalam pembinaan bangunan dan penulisan inskripsi pada bangunan itu. Pada peringkat awal, bangunan yang dibina oleh pemerintah Islam di India memperlihatkan bentuk seni bina Mesopotamia-Parsi (Islam) yang tulen. Kemudiannya setelah orang Islam bertapak kukuh di benua India, maka berlaku pertembungan antara seni bina Islam dengan seni bina penduduk tempatan. Seni bina begini lebih tepat disebut sebagai seni bina Indo-Islam. Seni bina ini lebih jelas pada zaman kerajaan Moghul. Contoh seni bina yang banyak memberi pengaruh hebat dalam Islam ialah Taj Mahal dan Qutb Minar.
Dengan keindahan dan kehalusan seni pada Taj Mahal telah memukau setiap pencinta seni bina di seluruh dunia. Binaan yang begitu unik dan tiada tandingan ini disiapkan pada masa pemerintahan Shah Jehan (1592-1666M), iaitu salah seorang maharaja Moghul. Taj mahal menjadi salah satu daripada tujuh perkara ghaib di dunia. Taj Mahal terletak di Agra berhampiran dengan kota Delhi. Pandangan luaran bangunan ini sentiasa berbeza bergantung pada cuaca dan waktu disebabkan sifat binaan semula jadinya, iaitu daripada marmar putih makhana.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada sub-topik di atas iaitu Sejarah Era India, India merupakan salah satu tamadun yang berkembang dengan pesat merangkumi hampir kesemua aspek kehidupan masyarakat. Sama ada dari segi sosial, ekonomi, mahupun politik. Mereka yang berkemahiran dalam pelabagai asas seni membolehkan karya mereka hidup sehingga ke hari ini.
Sedari bermulanya perpindahan penduduk dari Lembah Indus, kita dapat melihat bahawasanya populasi mereka semakin bertambah dan mereka berjaya menjalankan hubungi sosio melalui percampuran masyarakat, samaada dari segi perkahwinan campur atau melalui pertembungan budaya.
Raja-raja yang dilantik akan bertindak selaku ketua pada segala hal dalam kegiatan masyarakat. Malahan raja juga dibantu oleh penasihat-penasihat bagi menyelesaikan segala persoalan dan kemusyhkilan dalam masyarakat.
Berdasarkan ilmu yang diperoleh, mereka berjaya menghasilkan bangunan-bangunan yang kukuh dan saliran air longkang yang kondusif.
Bermulanya zaman pertengahan agama Islam mula bertapak dan semakin berkembang dalam masyarakat India. Kerana hubungan baik dengan negara jiran iaitu Arab, agama Islam dapat diserap di dalam sebahagian masyarakat India. Walaupun mempunyai pengelasan wilayah dan kawasan dari segi agama dan Bahasa, mereka masih utuh menjalankan kegiatan hidup dan pegangan masing-masing sehingga ke hari ini.
Bukti-bukti zaman pertengahan masih wujud melalui kitab-kitab agama yang diterbitkan pada zaman tersebut. Zaman pertengahan hanya mampu bertahan selama beberapa dekad akibat serangan dari pemberontak dan serangan Inggeris di India.
Zaman terakhir dimulai dengan zaman penjajahan. India telah dijajah oleh beberapa kuasa besar sebelum berjaya mendapatkan kemerdekaan. Ketika dijajah, munculnya pejuang kemerdekaan masyarakat India iaitu Mahatma Gandhi. Beliau yang memulakan gerakannya dengan menyasarkan golongan bawahan atau golongan miskin, sedikit sebanyak berjaya menyuntik semangat kemerdekaan dalam diri masyarakat India.
Dari kesan penjajahan tersebut, munculnya sistem pendidikan yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Walaupun British tidak menghormati tradisi pemerintahan tempatan dan menyebabkan pemberontakan. Ini sedikit sebanyak mampu membuka mata masyarakat India bahawa wanita juga setanding dengan kaum lelaki. Setelah pemberontakan social berlaku pada tahun 1857, India akhirnya berjaya mendapatkan kemerdekaan pada 15 Ogos 1947. Zaman akhir ini tidak berakhir pada satu-satu tarikh kerana masa kini masih dianggap zaman akhir bagi tamadun-tamadun manusia.
Berdasarkan huraian kesimpulan ketiga-tiga zaman di atas. Islam sedikit sebanyak berjaya menapak di India. Samaada melalui anutan masyarakat sendiri mahupun pengaruh kawasan sekitar, iaitu Arab dan Pakistan. Antara kesan Islam dalam tamadun India adalah perdagangan, kesenian, hubungan social, ilmu pengetahuan, corak pemerintahan, sistem pendidikan dan kehalusan hasil kraf-tangan.
Seperti mana masyarakat India mampu mengambil pendekatan positif dalam membangunkan negara mereka, diharap Malaysia juga mampu melakukan penambahbaikan dari pelbagai segi bagi memapankan kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Rujukan
1) Ahmad Zaki Abdul Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros, Buku teks subjek TITAS, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Ketiga terbitan Oxford Fajar2) Abdul Aziz H, (2008) Buku bertajuk Tamadun India masyarakat dan budaya
3) Azharudin Mohamed Dali, Buku bertajuk Tamadun India (2004) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
4) Azharudin Mohamed Dali, Buku bertajuk Sejarah Islam di India (2014) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Comments
Post a Comment