Pelajar Separuh Masa UiTM - Sila baca kalau ugais nk enroll

Assalamualaikum, dan salam sejahtera..

I ada dapat email dari few ppl yg nk enroll as student pjj di Uitm. Ramai antara mereka yang nk sambung belajar tapi dorang kurang semangat, risaukan kos dan takot xdan catch up. 

Baiklah penulisan kalini untuk menyuntik semangat sapa2 yg rasa down and xberani mencuba. 

Untuk sesiapa yg rasa kurang semangat, korang kena ingat, korang nk belajar untuk apa ?
Nak naik gaji ? Nak tambah knowledge ? Nak ada kehidupan lebih baik. Mmg pelajaran bukan penentu utama kejayaan, tetapi dengan pelajaran kita boleh lebih berjaya.
Belajar bukan hanya untuk dunia, untuk duit, malahan bekalan kita di akhirat kelak. 
Bg sy, sy belajar sbb mmg sy aim sy nak education level yg tggi. Sy dah ad diploma and sy nk at least Degree. 
Saya nak banggakan org tua. Sy nak banggakan diri sendiri. Actually masa mula2 sy nk apply pon sy bnyak down and overthinking. 
Sbb sy uruskan semua sendiri. Sy kena fikir sendiri nk amik apa for Degree, Universiti mana. 

Sy berani amik Business, lari bidang dari Engineering sbb sy dah bekerja di bidang Engineering. Sy boleh dapat bnyak Ilmu dari bidang ni. And kalau kita slalu fikir bnda sama mmg kita akan doubt our own decision. 

Dapat x dapat belakang cerita, yg penting cuba. Try je apply. Kalau da apply, da dapat result, xyah nak fikir I can do it or not, buat dulu. Sbb once U dah enroll U akan nampak U akan kenal ramai lagi orang lain yg far susah than U. Ada yg ibu tunggal. Ada yg dari Sarawak ulang alik naik flight. Tu pon skip2 je kelas sbb kan kos. 

Ada yang dari Johor drive, mnyewa bilik or hotel. Semua org has their own hardship. Macam I, I xda transport, mmg la dari Damansara ke Puncak Alam xjaoh sgt. Tapi nak naik bas, nak sediakan diri ni pon bukannya senang. Semangat tu kena kuat. Yakin dan sabar. 

Bila I enroll I rasa bersyukur sgt sbb I dapat kawan2 course yg mmg bagus. Bole diharapkan utk buat assignment sama2. Kami xpernah pon jumpa utk bincang assignment, semua thru whatsapp je. Yela ad yg da ada family. And mmg kami masing2 prefer whastapp to communicate. 

So far lecturer semua okay. Alhamdulillah. Semua memahami. Kalau test ke, assignment ke mmg dorang bnyak tlg. Dorang pon faham kita ni Pjj. Lagi satu Pjj ni sgtttttttttttttt senang nk score sbb jarang2 sgt ada final exam. Kalau u xdtg kelas pon , U kena contact lecturer with good excuse. Dorang mmg memahami and akan let U do test/quiz from home jee. 

Senang kan? 

Pasal kos pulak, kalau gaji U RM1500 and below, U sangat beruntung sbb U bole belajar secara percuma! yes I meant it percuma. Untuk Pjj ni, Uitm ada dana khas yg dipanggil Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Cara apply pon senang je and syarat pon longgar2. 

Selain dari tu PTPTN pon ada. I amik PTPTN. PTPTN ni okay je asalkan U bayar elok. Jangan la da pinjam, da abis study lpas tu buat kerja kacang lupakan kulit, xnak bayar. Ish2., no no no. Bagi peluang pada orang lain yg tak mampu utk sambung belajar dengan bayar balik. Engat tau hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. 

I amik PTPTN sbb I mmg aim nk score 3.7 above. So bolela convert to Biasiswa, hehe. At the same time bole rilex kan otak sbb xyah fikir kos dah. Awal sem mmg duit masuk thru Bank Islam. Simple. Selain itu kalau korang nk more info korang bole join Group epjj/plk uitm shah alam ni kat Fb. Kat sana ramai sgt yg baik2 bole jawab segala kerisauan dan kegusaran korang tu. 

I hope this help okay ? 

If you hv any question komen di bawah. I ll try my best to help okay. 💪

Comments

Popular Posts