Ulasan Buku - Sejarah Bani Umayyah Di Andalus
Assalamualaikum semua.
Okay as I wrote on my previous post this is ulasan buku for CTU.
I hope it will serve as ur reference.
Thanks.
Okay as I wrote on my previous post this is ulasan buku for CTU.
I hope it will serve as ur reference.
Thanks.
SEJARAH BANI UMAYYAH DI ANDALUS
Ulasan Buku
Sejarah Bani Umayyah di Andalus oleh Maruwiah Ahmat (2003):
Karisma Publications Sdn bhd
Maruwiyah Ahmat merupakan seorang aktivis yang bergerak melalui bait-bait tulisan beliau. Beliau menetap di Negeri Sembilan. Buku-buku nukilan beliau diasingkan dengan beberapa siri atau genre. Antara siri-siri buku beliau adalah berbentuk alam semesta, masalah juvana, pemulihan alam sekitar, reality, peribahasa murni dan banyak lagi. Malahan tajuk buku dari ulasan hari ini adalah di bawah siri ‘Tokoh di Andalusia’. Beliau yang aktif di laman sosialnya iaitu laman blog senantiasa memberikan komentar-komentar dan ulasan terhadap peminat beliau di laman itu. Beliau yang juga merupakan seorang pengembara yang senantiasa memberikan input di dalam setiap ‘posting’ di laman blog beliau. Antara negara yang pernah dijejaki dan diulas adalah Brunei, Kemboja dan Indonesia. Bukan sahaja penulis, beliau juga adalah bekas pensyarah di Universiti teknologi MARA.
Diulas oleh Nor Azwira Fazwana Binti Zulkifli
_________________________________________________________________________________
Buku Sejarah Bani Umayyah di Andalusia adalah disusun untuk mengetengahkan sejarah masuknya Islam di bumi Eropah, khususnya Andalus yang kini adalah sebahagian negara sepanyol dan Portugal. Selain menyingkap persoalan sejarah ia juga mengetengahkan tamadun yang wujud sama ada dari segi mental mahupun material. Pemerintahan Bani Umayyah di Andalus dan beberapa kerajaan kecil selepasnya telah Berjaya menghasilkan suatu ketamadunan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa sebelum atau sezaman dengannya. Buku ini menyingkap tentang kedatangan orang Islam ke Andalus khususnya penaklukan oleh orang Islam di zaman Bani Umayyah. Permerintahan Islam telah berlaku di zaman Bani Umayyah, termasuk masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan Islam, kerajaan-kerajaan kecil yang wujud dan tamadun Islam yang bertapak di sana.
Kecemerlangan Tamadun Islam menguasai dunia telah lama terbukti dengan penyebaran Islam dan penguasaan yang dilakukan samada di Timur mahupun di Barat. Penguasaan Islam terhadap semenanjung Iiberia, Asbania atau lebih khusus Andalusia, telah menunjukkan bahawa Islam telah tersebar ke blok Eropah. Andalusia mewakili masyarakat barat di atas kedudukannya yang bersambung dengan tanah besar Eropah dan ia dikuasai oleh Kristian sebelum kedatangan Islam. Kecemerlangan Andalusia di bawah pemerintahan Islam berlangsung hampir 8 abad. Bermula dari kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai Andalusia pada tahun 711M sehingga kerajaan Nasriyyah atau Bani Ahmar mengakhiri pada tahun 1492M, merupakan zaman yang cukup membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalusia. Sehingga kini, Andalusia menjadi tempat bersejarah dan ramai pengkaji dari pelbagai negara datang melakukan kajian kesan peninggalan Islam di sana. Pengalaman penulis ketika berada disana suatu ketika dahulu memperlihatkan betapa sejarah itu cuba digarap kembali oleh masyarakat seluruh dunia, bukan sahaja dari kalangan Islam tetapi ia turut menarik perhatian masyarakat bukan Islam.
Keunikan kedudukannya, ditambah dengan kepelbagaian bangsa dan agama ketika pemerintahan Islam dan kecemerlangan ilmu yang berlaku Andalusia telah menyebabkan rantau itu menjadi begitu penting dalam menggali sejarah untuk melihat sumbangannya dalam ketamadunan moden. Manakan tidak, kebanyakkan ilmu-ilmu moden seperti matematik, fizik, astronomi dan lain-lain pernah berkembang dengan pesat di Andalusia tanpa mengira latar agama. Kejayaan Islam membina ketamadunan di Barat melalui Andalusia sesungguhnya sesuatu yang sangat unik. Andalusia dapat dikuasai sepenuhnya oleh Islam pada zaman Khalifah Umayyah al-Walid bin Abdul Malik yang memerintah pada tahun 86-96H / 705-715M.
Andalus ini merupakan sebuah Negara yang terletak dalam benua Eropah
yang dikenali kini sebagai Sepanyol dan Portugal. Andalus ini terbahagi kepada 15
bahagian wilayah utama dan dua daripadanya pulau iaitu Belearic dan Canary.
Andalus juga mengalami perbezaan dua musim yang ketara. Di kawasan-kawasan
pantai yang tinggi(plateu) mempunyai berbagai-bagai keadaan cuaca dan hujan
yang sedikit. Dikawasan barat pula cuacanya tidak panas dan selalu hujan.
Sementar dibahagian timur dan timur daya merupakan kawasan pantai yang
mempunyai keadaan cuaca iklim Mediterranean.
Andalus pernah menjadi sebuah negara Islam yang masyur dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan melahirkan ramai cendekiawan Islam yang terkenal. Melalui kedatangan Islam di andalus pada tahun 97H/710M ini telah mengubah corak dan pola kehidupan masyarakat penduduknya dari sgi budaya, politik, ekonomi, pendidikan dan social. Matlamat pendidikan islam di sini ialah untuk menyambung
usaha dan gerakan dakwah Rasulullah s.a.w bagi mendalami pelbagai ilmu pengetahuan seperti yang di tekankan oleh agama.
Kewujudan Kerajaan Islam di Andalusia jelas sekali menjadi titik tolak kecemerlangan dalam bidang ilmuan dan pengajian Islam di Eropah. Idea untuk membuka Andalusia bermula sejak awal lagi iaitu pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin iaitu semasa ditadbir oleh Khalifah Uthman bin Affan. Berkat usaha yang bersungguh sungguh daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Islam berikutnya telah
membuahkan hasil apabila tentera Islam menang di Wadi Lakkah dan seterusnya Andalusia berjaya dikuasai oleh pihak Islam dan Cordova dijadikan pusat pemerintahan kerajaan Islam di Eropah. Seterusnya Andalusia menjadi nadi keilmuan dan pusat pengajian Islam yang unggul dan secara tidak langsung membawa cahaya kepada dunia Eropah yang dalam kegelapan dan kemunduran pada ketika itu. Melalui gesaan Islam itu sendiri yang mewajibkan umatnya menuntut ilmu secara tidak langsung telah berjaya menanamkan rasa minat dalam masyarakat itu sendiri terhadap ilmu pengetahuan. Membaca ditinjau dari segi psikologi melibatkan keseluruhan mental manusia sebagai seorang individu.
Galakan pemerintah yang cintakan ilmu pengetahuan mewajibkan rakyat belajar dengan menyediakan pendidikan secara percuma kepada masyarakat seawal umur empat tahun. Pada masa itu, pendidikan asas Islam disediakan dan diikuti dengan pendidikan ilmu fardhu kifayah di peringkat menengah dan tinggi. Malahan pemerintah Andalus turut menyediakan biasiswa/pertolongan pembelajaran kepada masyarakat luar.
Selain daripada itu, pemerintah juga memainkan perananya yang penting untuk memberi bantuan kepada orang Islam untuk membina tempat-tempat pengajian Islam. Tempat Pendidikan disediakan dengan mendirikan masjid. Malahan gereja turut dibeli untuk mendirikan masjid. Selepas berkembangnya system pedidikan, golongan amir
telah mendirikan perpustakaan, sekolah dan universiti.
Para ilmuan juga bertungkus-lumus menunaikan tanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Para ilmuan kebanyakannya memiliki perpustakaan peribadi sebagai rujukan ketika menulis. Bahkan sekolah swasta turut didirikan bagi menampung kebanjiran sekolah kerajaan. Antara tokoh ilmuan yang lahir pada ketika itu ialah Ibn Khaldun, al-Idrisi, al-Bakari, Ibn Jubail, Ibn Firnas dan al-Zahrawi.
Kegiatan penterjemahan telah berlaku sejak kerajaan Islam diperintah oleh Bani Umayyah. Ketika itu, aktiviti terjemahan berkisar sekitar ilmu Yunani yang tertentu sahaja seperti perubatan, astronomi, kimia dan falsafah. Aktiviti penterjemahan mula pada zaman pemerintahan khalifah kerajaan Abbasiyah yang kedua.
Ketika institusi keperpustakaan sedang giat berkembang di wilayah Islam di bahagian Timur di bawah kuasa Bani Umayyah juga giat membangun. Perpustakaan diraja Cordova ialah perpustakaan yang rasmi pertama yang didirikan di Andalus yang diasaskan oleh Amir Abdul Rahman II pada awal zaman pemerintahanya. Perpustakaan tersebut merupakan perpustakaan yang terbaik di dunia pada waktu itu. Ia kemudiannya diperbesarkan lagi oleh Khalifah Abdul Rahman III. Perpustakaan ini memiliki ratusan ribu kitab dalam ratusan ribu judul.
Hubungan diplomatic dan perdagangan juga salah satu aspek perkembangan ilmu di Andalus. Pedagang Islam Andalus telah membuat hubungan dagangan dengan negara-negara Kristian. Mereka menguasai jalan-jalan perdagangan sama ada darat mahupun laut. Dengan ini tamadun dan kebudayaan tersebar ke segenap penjuru bukan sahaja di Eropah malah di Asia dan Afrika. Menjadi kebiasaan bahawa bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang membuat hubungan perdagangan.
APLIKASI PADA MASA KINI:
Beberapa faktor di atas adalah sebab kecemerlangan ilmu pendidikan Islam di Andalus. Oleh itu, peniaian mengenai nilai kesungguhan dan cara pelaksanaan ilmu seharusnya dipratikkan di negara kita terutama bidang pendidikan Islam. Malahan jika dibandingkan Andalusia jauh lebih kehadapan dari kita walaupun sememangnya kita berada di zaman sains dan teknologi.
Ini telah kesungguhan para ulama dahulu menympaikan dakwah mereka tidak mengira tempat dan waktu pada zaman Andalusia mesti diikui. Kesediaan mereka untuk menyebarkan ilmu seharusnya dijadikan teras semangat pada zaman ini.
Kecemerlangan ilmuan dan pendidikan Islam zaman Andalus adalah usaha bersama dari peringkat pemerintah sehingga ke bawah masyarakat. Malahan ditambah dengan pegangan kuat yang bersumberkan al-Quran. Beberapa faktor memainkan peranan seperti gesaan agama Islam, galakan pemerintah, peranan para ilmuan dan minat masyarakat terhadap ilmu pengetahuan menjadi tulang belakang kepada perkembangan ilmu pada zaman Andalus. Malahan kewujudan beberapa prasarana
untuk tujuan Pendidikan seperti sekolah, masjid dan universiti. Permulaan Islam mula menampakkan cahaya apabila Andalus mula bertapak di Eropah. Oleh itu Malaysia sebagai negara yang lebih maju dan ke hadapan sepatutnya boleh mengambil baik input-input berguna dari Andalus. Seharusnya kita berusaha bersama-sama tanpa mengira kelas berpandukan Al-Quran supaya kecemerlangan Andalus di Eropah dapat di diulangi di Malaysia.
KAITAN BUKU DENGAN SILIBUS:
Berdasarkan ulasan-ulasan di atas jelas menunjukkan bahawa amat pentingnya untuk seseorang itu mempelajari dan memahamai akan bagaimana berkembangnya Islam sehingga ke hari ini. Segala isi yang dijelaskan amat tepat dan fokus terhadap satu-satu kategori. Sama ada dari segi pemerintahan, penduduk, insfrastruktur mahupun segi kewangan.
Merujuk kepada buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia, pelajar diketengahkan mengenai Tamadun Islam, yang secara amnya dari segi budaya, bangsa dan agama. Bahkan pandangan tokoh-tokoh barat juga diambil kira. Buku ini banyak mengajar tentang bagaimana kesungguhan pemerintah membangunkan prasarana untuk pembelajaran dan bagaimana penduduk mendalami sesuatu ilmu sehingga mereka layak digelar tokoh. Antara nama tokoh yang disebut dalam keduadua buku ini adalah Ibn Khaldun. Catatan pandangan beliau mengenai ciri tamadun (umran) diulas sebagai penduduk yang mempunyai penganan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang tersusun rapi, kehidupan cara bandar, pencapaian ke arah kehidupan lebih tinggi dan kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka, Amat sepadan lah bagi Ibn Khaldun diangkat di dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia kerana beliau dilahirkan di Zaman Andalus yang penuh kegemilangan di dalam bidang ilmu.
Okay done. Sapa2 nk copy sila komen mintak halal. Hhahha
Comments
Post a Comment