Procedure Buat Buku Pink di Klinik Kesihatan Kota Damansara

Assalamualaikum semua..

Hai.

Kalini I nak cerita pasal procedure buat buku pink di Klinik Kesihatan Kota Damansara.

Apa yang perlu dibawa?
IC
Duit RM1 nak bayar pendaftaran
Bukti pregnant - xda pon xpa
Suami - untuk bg moral support and incase nak pengsan ke lapar ke. Errand boy la to be exact. Hahaha

Okay kat klinik kesihatan kota damansara ni, Klinik kesihatan ibu dan anak kat tgkt 3. Tapi kalau untuk first timer ke second ke. Kena amik no dulu dekat Tgkt 1, Kaunter 3. Jangan amik no dekat mesin tu. Tapi beratur di kaunter 3 dan tggu giliran amik no. Mmg ad org buat line kat kaunter 3 tu. No worries. Misi akan tanya nk buat apa harini ? Cakap je sy nak bukak buku pink. Sebenarnya haritu misi xbg bukak buku pink sbb kandungan masih dalam 7 week. Tapi dah amik cuti kan, xkan lah nak balik terus je. Sayang lah. Cuba la cakap elok2 dengan misi tu, kata sy da amik cuti ni xkan lah xleh nk consider. Naib baik dapat misi yang comel dan baik, so dia bg lepas.

Kalau ikot misi cakap seeloknya buat buku pink minggu ke 10 sebelom minggu ke 12. ada masa 3 minggu so pandai2 la estimate. Setiap KK ada polisi yg berbeza2. Ad yang okay dan ada yang x. Ad KK yg mmg suggest untuk buat buku pink seawal kandungan 4 minggu. Sebelom I g KK I dah g scan dekat swasta. Sbb dah alahan teruk sgt. G la klinik dulu mintak ubat. Xlarat sgt sampai xleh nk kerja. Nak kluar rumah pon mmg xlarat lgsg.


Lpas amik no dari kaunter 3 baru g naik tgkat 3. letak no dalam bakul. Dalam setengah jam screen akan kluar no. Misi akan bg buku pink dan suruh kita g tgkat 2, tingkat 2 tu ada lab. Untuk ujian darah dan ujian air kencing. Kejap je semua tu.

Lepas tu kena dduk dulu kat tgkt 2 , tggu misi pggil no. Kat sini misi akan tanya macam2la. Kerja apa, suami kerja apa, ada sakit x, sejarah family macam mana, ada alahan ke x, bila last period, period teratur ke x, haaa jangan risau. Rilex je sbb misi pon xmakan org.

Da setel semua tu naik tgkat 3 balik. Lepas tu dalam masa bbrapa mnit screen akan pggil no, kita kena masuk jumpa dr. Doc akan tnya soalan yg lebih kurang sama macam misi, cumanya kat sini Dr akan detail sikit la. Muntah stat bila, ada g scan x, lpas tu doc akan ajar cara2 kenal pasti ketulan pada payudara, sekiranya ada. Kena buat regular checkup sendiri sebulan skali. Gigi pon kena cek lepas 3 bulan.

Lpas tu setel ! Semua amik masa 2 jam. Oklah not bad. Doc bg siap2 tarikh next appointment. Itu saja. Good luck semua. Sy baru minggu ke 9. Hahahha. Pening dan mual tetap ada.

Itu je. xoxo

Comments

Popular Posts