Persiapan Sebelum Masuk Kelas PJJ UiTM
Assalamualaikum pembuka bicara.
Memandangkan sy tengok traffic blogger ramai yang view tajuk berkaitan PJJ UiTM. Jadi sy akan banyakkan menulis tentang pengalaman/ perkara berkaitan sebagai pelajar UiTM.
Persiapan sebelum masuk kelas ?
1. Pastikan dah beli buku nota siap. Saya syorkan beli 1 buku je untuk semua subjek. Supaya senang kita nak refer balik. Sekali bukak je. Macam biasa asas tulis nota atau apa-apa, pastika tulis hari dan tajuk supaya tidak keliru.
2. Bukak I-Class sebelum kelas yang pertama bermula. Pengalaman saya semasa semester 1, kelas yang paling awal ditunda. Lepas tu lokasi kuliah yang sepatutnya kelas kami ada kelas lain guna. Jadi dah berkecamuk di sana. Nasib baik saya ringankan mulut bertanya orang lain.
3. Masa kelas yang pertama - make friends as many as you can. Kita semua ambil pjj sebab tiada masa yang free kan ? Pastikan kawan yang kita rapat tu boleh diminta tolong dan senang untuk memberi kerjasama. Kebanyakan tugas berkumpulan memerlukan maksimum 5 orang dan minimum 2 orang.
4. Mintak nombor telefon kawan kawan satu course.
5. Buat baik dengan semua orang. Kalau kawan mintak ajarkan tolong ajarkan. Jangan kedekut ilmu. What goes around comes around. You may excel now, who knows what comes next kan?
That's all for now. Apa- apa pon semua kena berbalik pada diri sendiri. Selamat berjaya :D
Comments
Post a Comment