Menu Masakan Melayu selama sebulan. Mudah dan sedap.
HARI PERTAMA: KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa
Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup
rasa, perasa dan kunyit. Masak selama 5-7 minit. Siap, angkat dan hidangkan.
HARI PERTAMA : KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa
Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup
rasa, perasa dan kunyit. Masak selama 5-7 minit.Siap, angkat dan hidangkan.
HARI KETIGA : PARI ASAM PEDAS
Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit (Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam
Cara-cara memasak
Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak. Masukkan daun kesum. Masukkan pula
air asam jawa dan kacau sebati. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab
kecilkan api. Masukkan garam, gula dan lada hitam. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga
bendir masak.
HARI KEEMPAT : SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA
Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula
Cara-cara memasak
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi
sehingga wangi. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam
jawa, garam dan sedikit gula. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan
biarkan untuk beberapa minit lagi.
HARI KELIMA : SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI
Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
Cara-cara memasak
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau. Masukkan garam, gaul sebati. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!
HARI KEENAM : AYAM PAPRIK
Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
- 1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air
Cara-cara memasak
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis
hingga pecah minyak. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan isi ayam. Kacau
rata hingga isi ayam layu. Masukkan air. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit
serbuk perasa. Kacau rata. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk.
(Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air). Tutup api dan hidangkan.
HARI KETUJUH : TOM YAM THAI
Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato
Cara-cara memasak
Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi). Massukkan bahan
kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
Masukkan pula lobak merah. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang
telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2
sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato. Bila dah mendidih boleh masukkan isi
ayam, udang, sotong dan sebagainya. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
Siap untuk dihidang
HARI KELAPAN : SAMBAL TUMIS DAGING
Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam
Cara-cara memasak
Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi. Masukkan cili mesin dan kacau
biar sebati. Masukkan gula, kacau. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga
agak garing. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan
terbit minyak.
HARI KESEMBILAN : AYAM MASAK HALIA
Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa
Cara-cara memasak
Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat
dan ketepikan. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis
bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh
masak tadi. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga
jangan sampai bawang putih hangus). Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga
kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah. Taburkan dengan
cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan
garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi
panas.
HARI KESEPULUH : SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi
Cara-cara memasak
Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris,
kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya
masukkan lada hitam dan garam secukupnya. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan
sedia dihidangkan.
HARI KESEBELAS : SOTONG MASAK LEMAK PADANG
Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa
Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah
Cara-cara memasak
Panaskan minyak Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak. Kemudian masukkan
bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air. Kacau biar sebati. Kemudian
renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.
HARI KEDUA BELAS : AYAM GORENG MADU
*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.
Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.
Cara-cara memasak
Rebuskan ayam sehingga separuh masak. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram
dan madu, bersama ayam, Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam. Panaskan minyak,
goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam sudah separuh masak. Siap!
Sedia untuk dihidangkan.
HARI KETIGA BELAS : TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI
Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak
Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan. Tumis bawang besar dan cili padi
sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit
kicap. Siap!
HARI KELIMA BELAS : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak
Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih. Potong
dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan. Hiris nipis serai dan tabur juga ke
atas ikan dalam kuali. Hiris cili ketepikan. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk
disukai dan ketepikan. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur
tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak. Agak ikan hampir
masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul
kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap.
HARI KEENAM BELAS : UDANG KICAP PEDAS
Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air
Cara-cara memasak
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang
putih dan halia. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis
hingga naik minyak. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan
udang. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu
masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.
HARI KETUJUH BELAS : AYAM PERCIK BAKAR
Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas (semua bahan-bahan diatas dikisar)
- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping
Cara-cara memasak
Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam
dan bakar. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih. Siap untuk
dihidang.
HARI KELAPAN BELAS : IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI
*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.
Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)
Cara-cara memasak
Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata. Panaskan minyak, goreng ikan
hingga garing kemudian angkat dan ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga
layu dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali
masukkan petai, gaul rata. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!
HARI KESEMBILAN BELAS : DAGING MASAK BLACK PEPPER
*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api
yang besar.
Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak
Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan. Kurangkan sedikit
minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak
menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali. Kemuduan tambah bancuhan
tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan
dengan taburan daun bawang.
HARI KEDUA PULUH : SAMBAL TUMIS KERANG
Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.
Cara-cara memasak
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak. Masukkan kerang,
hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika inginkan kuah, tambahkan air. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah
masak bolehlah diangkat.
HARI KEDUA PULUH SATU : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN
Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak
Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan. Udang dibersihkan dan digaul dengan
garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna.
Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak). Panaskan kuali masukkan butter, tumis
bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur
masin). Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air
untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
HARI KEDUA PULUH DUA : KARI AYAM NYONYA
Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar
Cara-cara memasak
Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun
kari. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut. Siap untuk
dihidangkan.
HARI KEDUA PULUH TIGA : SINGGANG SOTONG
Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa
Cara-cara memasak
Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk. Hiris bawang
merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak.
Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.
HARI KEDUA PULUH EMPAT : SIAKAP 3 RASA
Bahan-bahannya
Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan
Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara-cara memasak
Ikan dibersihkan dan ditoskan. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua
bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah
bahagian ikan termasuk bahagian dalam. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan
minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah
ikan garing, angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia,
serai, dan bawang putih. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos
ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar. Masukkan bawang besar, tomato, nenas,
dan cili benggala. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto. Biarkan kuah
mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng
tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.
HARI KEDUA PULUH LIMA : SUP TELUR
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam
Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam
Cara-cara memasak
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan air secukupnya dan
masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut. Masukkan telur masa air menggelegak.
Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api. Hidangkan.
HARI KEDUA PULUH ENAM : DAGING GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak
Cara-cara memasak
Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk
dikeringkan airnya. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging
empuk. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi,
goreng seketika. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.
HARI KEDUA PULUH TUJUH : TELUR BUNGKUS
Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam
Cara-cara memasak
Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu. Masukkan hirisan dada ayam dan
kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah
serta sayur campur dan dikacau rata. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau
lagi. Taburkan secubit garam jika perlu. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun
ketumbar. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali. Pukul telur ayam
tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata. Letak kan
inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebutBiarkan telur garing seketika dan boleh lah
diterbalik kan ke dalam pinggan.
HARI KEDUA PULUH LAPAN : IKAN PERCIK
Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula
Cara-cara memasak
Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan. Kisar bawang merah,
bawang putih dan halia dengan santan. Masakkan di dalam kuali/periuk. Masukkan serai yang
diketuk dan asm keeping. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah percik yang dimasak
benar-benar pekat. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.
HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : GULAI DAGING KERISIK
Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis
Cara-cara memasak
Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga
lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga
empuk.Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan
kentang. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi. Panaskan minyak masak yang
dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak
keluar.
HARI KETIGA PULUH : AYAM GORENG LEMON
Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme
Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon
Cara-cara memasak
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana. Perapkan ayam dengan
garam dan lada hitam selama beberapa minit. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk. Mula mengoreng bawang
dan biarkan ia selama 1 minit. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30
saat. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.Selepas itu, masukan air
rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk. Gaul sehingga rata dan campakkan
beberapa batang daun rosemary. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah
di asingkan sebentar tadi. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benarbenar masak dan kentang menjadi empuk. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.Kacau
sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum
dihidangkan.
Comments
Post a Comment